Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Buat kerja sekadar ‘cukup makan’

    Penulis ingin meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah pekerja yang hanya melakukan kerja sekadar ‘cukup makan’ semata-mata kerana gaji yang diterima dianggap tidak setimpal.

    Sikap sebegini bukan sahaja merugikan majikan, tetapi juga menjejaskan produktiviti keseluruhan organisasi.

    Jika setiap pekerja memilih untuk bekerja sekadar memenuhi minimum, maka impian untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang akan hanya tinggal sebagai angan-angan kosong.

    Namun, lebih mengecewakan apabila budaya kerja ‘cukup makan’ itu dilihat seolah-olah diterima sebagai sesuatu yang biasa.

    Sikap tidak peduli tidak membantu dalam meningkatkan imej diri sebagai seorang profesional, malah hanya menambah buruk reputasi diri sendiri di mata majikan dan rakan sekerja.

    Penulis mencadangkan agar pihak majikan dan pekerja memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menangani isu itu.

    Majikan harus lebih peka terhadap kesejahteraan pekerja, termasuk menilai semula struktur gaji dan memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang. Pekerja pula, wajar untuk mengubah sikap dan mentaliti kerja.

    Gaji mungkin menjadi ukuran awal, tetapi kepuasan kerja sebenar datang daripada kesedaran untuk melakukan yang terbaik dalam setiap tugas yang diamanahkan.

    Dedikasi dan keikhlasan dalam bekerja bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran diri, tetapi juga membuka peluang untuk kenaikan pangkat dan gaji yang lebih baik pada masa hadapan.

    Fikriah

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...