Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Buat swab pada waktu malam dan sahur sahaja

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Umat Islam di negara ini disarankan untuk membuat ujian pantas antigen (ART) mereka pada waktu malam atau waktu bersahur saja sepanjang bulan Ramadan ini.

    Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media hari ini mengenai penggunaan ART semasa bulan Ramadan.

    “Kita sedang menunggu kenyataan dari jabatan-jabatan yang tertentu mengenai perkara ini dan untuk ujian RT-PCR itu tidak boleh dilakukan pada waktu siang iaitu waktu berpuasa,” jelasnya.

    Katanya lagi, “terdapat beberapa jenis ART iaitu yang ujian dilakukan melalui hidung dan melalui mulut, di mana yang dari mulut adalah pada kawasan gusi saja.

    “Kalau perlu pada waktu siang juga disebabkan keperluan, disarankan menggunakan jenis ART oral,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...