Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buaya buru anjing dalam banjir

    VADODARA, INDIA, 2 OGOS – Beberapa ekor buaya dilihat memburu anjing di jalan-jalan di Bandar raya Vadodara India yang ditenggelami air selepas hujan lebat melanda negara itu dalam tempoh 24 jam, mengakibatkan lima orang terkorban, polis berkata hari ini.

    Kebanyakan stesen kereta api utama dan jalan-jalan ditutup akibat banjir yang mencecah ketinggian separas pinggang itu.

    Kira-kira 5,000 orang dipindahkan dari rumah mereka tatkala air dari sungai Vishwamitri yang dipenuhi buaya melimpah keluar sehingga ke bandar raya yang memiliki penduduk seramai 1.2 juta.

    Satu video yang memaparkan seekor buaya yang muncul menyerang seekor anjing menjadi tular di media sosial. Reptilia itu ditangkap oleh aktivis hak asasi manusia.

    Polis berkata dua insiden lain yang melibatkan buaya di kawasan penduduk dilaporkan.

    Banyak jambatan di atas sungai ditutup, menghalang seluruh penduduk daripada keluar dari daerah di bandar raya itu.

    Pegawai juga melaporkan dua penduduk tempatan terkena renjatan elektrik dan dua buruh terkorban apabila sebuah tembok menghempap mereka. Tubuh seorang lelaki berusia 60 tahun pula dijumpai terapung di dalam air tetapi penyebab kematian tidak diketahui dengan segera.

    Pasukan perubatan dari bandar lain di negeri barat dihantar ke Vadodara untuk menjalankan operasi bagi mencegah jangkitan dan penyakit, kata para pegawai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda