Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buaya ceroboh kolam hotel mewah Australia

    SYDNEY, 19 OKT – Seekor buaya didapati berenang di sebuah kolam hotel mewah di timur laut Australia kelmarin tanpa mengganggu para tetamu yang bersantai di bawah sinaran matahari tidak berapa jauh darinya.

    Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan haiwan karnivor itu berada di dasar kolam di Sheraton Grand Mirage Resort di Port Douglas.

    “Saya tidak mahu mencemaskan sesiapa tetapi terdapat seekor buaya di kolam Sheraton,” kata pengguna TikTok, Lisa Keller dalam video yang menunjukkan haiwan pemangsa bersisik itu.

    Sebuah video yang disiarkan di media sosial menunjukkan buaya berenang di dasar kolam di Sheraton Grand Mirage Resort di Port Douglas, Queensland. – Agensi

    Segelintir pelancong dapat dilihat bersantai di lounge sambil berjemur di sekitar pinggir kolam, walaupun tidak ada yang berani masuk ke dalam air.

    “Tiada seorang pun yang peduli, ” kata Keller.

    Pengurus hotel, Joseph Amerio berkata buaya itu dikesan awal pagi Sabtu dan kolam itu telah ditutup sehingga pegawai hidupan liar negeri Queensland mengeluarkan haiwan itu pada sebelah petang.

    “Tiada tetamu dan haiwan berada di dalam kolam pada masa yang sama,” katanya.

    Terdapat lebih daripada 100,000 buaya air masin dan air tawar yang kurang agresif dianggarkan hidup di seluruh utara Australia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda