BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Seekor buaya besar terbaring mati dilanggar di lebuh raya di sepanjang Jalan Penanjong, Tutong telah menjadi berita tular di media sosial pagi tadi.
Gambar dan video menunjukkan bangkai buaya yang tidak bernyawa itu terbaring di atas jalan raya selepas dilaporkan dilanggar oleh sebuah SUV.
Beberapa pemerhati yang dilihat dalam rakaman sedang menjaga lalu lintas di tempat kejadian untuk memastikan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan.
Pemandangan aneh itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian dengan beberapa warganet merasa bimbang terhadap hidupan liar yang berkeliaran di lebuh raya yang sibuk, sementara yang lain kagum dengan insiden yang jarang berlaku di lebuh raya berkenaan.