Oleh Hajah Saemah Kepli
SERIA, 22 Feb – Anggota bomba telah menangkap seekor buaya yang panjangnya kira-kira empat meter di kawasan Anduki, di sini, setelah menerima panggilan kira-kira jam 10:15 pagi tadi.
Buaya berkenaan dilihat sedang bersadai dalam longkang di belakang kawasan rumah pekerja syarikat mengangkut besi di sana.
Pihak bomba berjaya menangkap buaya tersebut dengan menariknya keluar daripada longkang berkenaan oleh tiga orang anggota bomba yang bertugas, kemudiannya mengikat dan melepaskannya di tempat yang lain.
![Buaya yang cuba ditangkap oleh tiga anggota bomba untuk dilepaskan ke tempat lain.](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/P4-3A_23217.jpg)