SHAH ALAM, 5 SEPT – Tidak sampai 24 jam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, buaya yang ditemukan mendiami Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam berjaya ditangkap malam tadi. Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap sekitar jam 10:20 malam, ketika pemeriksaan