Thursday, November 28, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buaya tembaga dihantar ke Paya Indah Wetland – Perhilitan

    MELAKA, 17 APRIL – Buaya tembaga yang berjaya diselamatkan nelayan di Pantai Siring siang tadi dihantar ke kawasan konservasi reptilia itu di Paya Indah Wetland, Selangor.

    Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai berkata reptilia dianggarkan seberat lebih satu tan dan berukuran 4.5 meter itu dikenal pasti buaya jantan.

    “Buaya yang diselamatkan ini dipercayai datang dari Sungai Muar dan mencari makanan di sekitar perairan Pantai Siring yang merupakan kawasan rayau bagi spesies buaya tembaga tersebut.

    “Dapatan Perhilitan juga menunjukkan ada aduan berkenaan kehadiran haiwan ini di kawasan perairan Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Mengulas lanjut, Petra berkata buaya tembaga itu merupakan tangkapan kali pertama jabatan itu tahun ini dan Perhilitan turut berjaya menangkap spesies sama di kawasan Pantai Siring pada 2019 dan 2021.

    “Sekiranya spesies itu didapati membawa ancaman dan gangguan, orang awam diminta agar tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Orang awam disarankan untuk terus menghubungi Perhilitan Melaka,” katanya.

    Terdahulu, seekor buaya tembaga dianggarkan seberat lebih satu tan berjaya ditangkap sekumpulan nelayan ketika berkeliaran di Pantai Siring di sini kira-kira pukul 12 tengahari tadi. – Bernama

    Anggota bomba dan Perhilitan, dibantu orang ramai menarik buaya tembaga untuk dimasukkan ke dalam lori selepas berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai Siring, Pulai di Melaka kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda