YAZOO CITY, 31 OGOS — Sekumpulan pemburu telah menangkap buaya terpanjang yang pernah direkodkan di Mississippi, menurut Jabatan Hidupan Liar, Perikanan dan Taman negeri.
Empat penduduk negeri – Donald Woods, Will Thomas, Joey Clark dan Tanner White – menangkap seekor buaya jantan pada hari Sabtu lalu di Sungai Sunflower, Mississippi barat.
Ia seberat 364 kilogram dan berukuran 4.3 meter panjang, memecahkan rekod sebelumnya lebih 0.05 meter, kata jabatan itu.
Selepas menangkap haiwan itu, pemburu mengangkatnya dengan forklift dan bergambar di Pusat Pemprosesan Red Antler di Mississippi.
Kawasan tersebut terletak di zon memburu buaya yang ditetapkan. Musim memburu buaya Mississippi bermula pada hari Jumaat terakhir pada bulan Ogos setiap tahun. Pada tahun ini, musim itu akan berakhir pada 4 September. – AP