BAJU yang lembut akan membuat pemakainya merasa selesa. Kadang-kadang ada pakaian hanya nampak bagus tetapi tak selesa dipakai dan kain yang keras juga akan menyusahkan anda untuk melakukan sebarang aktiviti.
Usah bimbang, menurut perkongsian daripada laman web getaviral.com, tips mudah ini menjadikan pakaian lebih lembut hanya dengan menggunakan garam. Semak tip lengkap ini..
Sediakan bahan:
– 2.5 liter air
– 100 gram garam
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/M6-B_061117.jpg)
Caranya:
– Siapkan air dalam baldi.
-Tambahkan garam dan kacau rata.
– Rendam pakaian yang ingin dilembutkan di dalam cairan lebih kurang 3 hari.
– Cuci dengan sabun seperti biasa dan keringkan.
Cara mudah ini akan membuat pakaian anda lebih lembut dan tidak keras ketika sarung. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada kain. Selamat mencuba!