Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Buckley mendahului dua pukulan

    LOS ANGELES, 15 JAN – Hayden Buckley melakukan dua pukulan eagle di enam bawah par 64 kelmarin untuk meraih dua pukulan di hadapan selepas tiga pusingan di Terbuka Sony, di mana dia memburu gelaran Jelajah PGA AS pertamanya.

    Pemain dari Amerika Syarikat (AS) berusia 26 tahun itu berjaya memasukan bola ke dalam lubang dengan pukulan eagle pada lubang ke-10, kemudian berada di kedudukan teratas carta selepas membuat satu lagi pukulan eagle di par-lima lubang 18. Dia meraih dua pukulan di hadapan pendahulu kelmarin Chris Kirik, David Lipsky dan Ben Taylor. Pemain kelahiran England, Taylor mencatatkan lima bawah par 65 untuk menyertai kumpulan pada 13 bawah 197 sementara Lipsky mencatat 66 dan Kirk merekodkan 68.

    Andrew Putman melonjak naik dalam carta kedudukan dengan lapan bawah 62 dan 10 pukulan birdie, dan berkongsi kedudukan 198 dengan pemain Korea Selatan, Kim Si-woo, yang mencatat 64. – AFP

    Reaksi Hayden Buckley selepas membuat pukulan di lubang ke-18 di Terbuka Sony.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...