Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bucks bangkit kembali

    LOS ANGELES, 3 APRIL – Giannis Antetokounmpo mencipta 33 mata ketika Milwaukee Bucks kembali ke prestasi asal dengan kemenangan pen-ting 117-104 ke atas Philadelphia 76ers, kelmarin.

    Pilihan utama Eastern Conference, Milwaukee yang mengalami kekalahan hebat 140-99 ke atas Boston pada perlawanan terakhir mereka baru-baru ini, bangkit semula dengan gaya yang hebat untuk mencapai kemenangan penting ke atas Sixers yang berada di tempat ketiga.

    Antetokounmpo memimpin perlawanan Milwaukee yang mantap dengan lima pemain mereka yang mencatatkan jumlah mata sebanyak dua digit sepanjang perlawanan di Fiserv Forum.

    Antetokounmpo berjaya membuat 14 rebound dan enam assist. Manakala, Brook Lopez (21 mata), Khris Middleton (19) dan Jrue Holiday (18) juga turut memberikan sumbangan yang besar.

    Tyrese Maxey menjadi penjaring terbanyak Sixers dengan 29 mata manakala Joel Embiid menyumbang 28 mata.

    Kemenangan tersebut mendekatkan lagi peluang Milwaukee untuk merebut tempat teratas di kawasan Timur.

    Berbaki empat perlawanan terakhir dalam musim ini, Bucks mendahului Eastern Conference dengan rekod 58-22, diikuti oleh Boston pada kedudukan kedua dengan 54-24. – AFP

    Aksi Antetokounmpo dalam perlawanan antara Milwaukee Bucks dan Philadelphia 76ers di Fiserv Forum, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda