Saturday, January 4, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bucks bangkit tewaskan Pacers

    LOS ANGELES, 1 JAN – Milwaukee Bucks mengejar daripada ketinggalan 19 mata, apabila bangkit pada akhir permainan untuk menewaskan Indiana Pacers 120-112 kelmarin, manakala juara NBA Boston Celtics menutup tahun 2024 dengan mengalahkan Toronto Raptors 125-71.

    Bintang Bucks, Giannis Antetokounmpo, kembali selepas terlepas tiga perlawanan kerana sakit, menemui rentaknya selepas hanya menjaringkan empat mata pada separuh masa pertama, menamatkan dengan 30 mata dan 12 rebound.

    Brook Lopez menambah 16 mata , manakala Bobby Portis Jr dan Gary Trent Jr, yang diturunkan daripada bangku simpanan, masing-masing menjaringkan 14 mata untuk Bucks, yang ketinggalan 83-64 pada pertengahan suku ketiga.

    Damian Lillard hanya menjaringkan sembilan mata tetapi meletakkan Bucks di hadapan dengan tiga mata yang menjadikan kedudukan 107-104 ketika permainan berbaki 5:17.

    Antetokounmpo menemui Portis untuk layup dan Trent menghasilkan beberapa jaringan tiga mata ketika Bucks bangkit dalam perlawanan itu.

    Sementara itu, tiada drama berlaku pada akhir permainan di Boston, di mana Celtics menang dengan jurang kemenangan kedua terbesar dalam sejarah francais di belakang kemenangan 56 mata di Chicago pada Disember 2018. – AFP

    Aksi Antetokounmp (kanan), bersaing untuk mendapatkan bola dengan Pascal Siakam semasa perlawanan bola keranjang NBA di Indianapolis pada 31 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda