Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bucks dahului Heat 3-0 siri playoff

    LOS ANGELES, 28 MEI – Giannis Antetokounmpo menamatkan perlawanan dengan menjaringkan 17 mata dan 17 reboud ketika Milwaukee Bucks meriah kedudukan 3-0 mendahului dalam pusingan siri pertama playoff dengan keputusan 113-84 menewaskan Miami Heat, kelmarin.

    Pemain Paling Berharga NBA sebanyak dua kali, Antetokounmpo dan Khris Middleton mengetuai pasukan Bucks dalam siri itu, tetapi semasa perlawanan kelmarin, mereka turut dibantu oleh pemain lain dengan enam pemain Milwaukee menamatkan perlawanan dengan menjaringkan mata dua angka.

    Middleton menjaringkan 22 mata, Jrue Holiday mencatat 19 mata dan 12 assist dan Brook Lopez meraih 13 mata buat Bucks, yang diambang kemenangan ke atas Heats yang mara ke final NBA musim lalu.

    Antetokounmpo secara keseluruhan mencatatkan 62 percubaan dalam tiga perlawanan dan 17 daripada 27 adalah lontaran percuma.

    Milwaukee mampu melengkapkan siri terbaik daripada tujuh perlawanan dengan memenangi pertemuan keempat pada Sabtu di Miami.

    Salah satu perbezaan siri perlawanan di Eastern Conference ialah pemain terbaik Bucks secara konsisten mengekang duo utama Miami, Bam Adebayo dan Jimmy Butler.

    Butler menamatkan perlawanan dengan 19 mata dan Adebayo mencatat 17 mata untuk Heat, yang dibelasah dalam dua perlawanan berturut-turut. Mereka tewas secara purata lebih daripada 30 mata sepanjang dua perlawanan terakhir.

    Heat tidak beraksi seperti sebelumnya sejak tewas pada perlawanan pertama, 109-107 di mana jaringan Middleton dilakukan beberapa saat sebelum tamat masa tambahan.

    Milwaukee kelihatan berazam untuk menghilangkan kenangan dikalahkan Heat pada dua pertemuan playoff sebelumnya pada 2013 dan tahun lalu. – AFP

    Aksi pemain Bucks, Khris Middleton membuat percubaan semasa bertemu Miami Heat di perlawanan playoff. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda