Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bucks kekalkan rekod tanpa kalah

    LOS ANGELES, 3 NOV – Giannis Antetokounmpo memberikan satu lagi persembahan menarik dengan menyumbangkan 32 mata selepas Milwaukee Bucks mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada musim ini dengan kemenangan 116-91 mengatasi Detroit Pistons, kelmarin.

    Milwaukee, yang merupakan satu-satunya pasukan dalam NBA dengan rekod tanpa kalah musim ini, mara dengan rekod menang tujuh kali, selepas permainan yang penuh dengan serangan agresif. Antetokounmpo memberikan 12 rebounds, empat assists, dengan lima steals, sementara Jrue Holiday menyumbangkan 26 mata termasuklah empat jaringan tiga-mata.

    Keputusan perlawanan di Fiserv Forum telah dijangka lebih awal sebelum tamat permainan, selepas Bucks mendahului permainan dengan dua-digit kelebihan mata semasa suku keempat, dan menambah jurang kelebihan mata kepada 33 di penghujung perlawanan.

    Selain Antetokounmpo dan Jrue Holiday, Jordan Nwora menyumbang 12 mata, diikuti Brook Lopez dengan 11 mata, dan Bobby Portis 10 mata untuk pasukan Milwaukee.

    Manakala Saddiq Bey membantu Detroit dengan 22 mata. Dengan kekalahan ini, Piston merosot ke kedudukan 2-7. – AFP

    Aksi Thanasis Antetokounmpo (kanan), bersaing dengan Cory Joseph ketika dalam perlawanan antara Milwaukee Bucks dengan Detroit Pistons di Fiserv Forum, Milwaukee, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...