Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bucks mara pusingan kalah mati

    MIAMI, 30 NOV – Giannis Antetokounmpo berjaya menjaringkan 33 mata dan Damian Lillard menambah 32 mata ketika Milwaukee Bucks menewaskan Miami 131-124 kelmarin untuk mara ke pusingan kalah mati Kejohanan Dalam Musim NBA.

    Pada malam terakhir perlawanan peringkat kumpulan dalam versi sulung NBA Piala Dunia, Bucks meraih gelaran juara Kumpulan B Eastern Conference dengan jaringan 4-0, menduduki tempat pertama Eastern Conference dalam saingan untuk merebut slot ke separuh akhir bulan depan di Las Vegas.

    “Kami berjaya menyelesaikan tugas itu,” kata Khris Middleton dari Milwaukee. “Untuk sampai ke Vegas sekarang, kami perlu melalui sedikit cabaran lagi.

    “Kami mahukannya. Kami dahagakannya. Ia adalah masa yang menggembirakan bagi kami. Kami mahu pergi ke Vegas supaya kami gembira,” jelasnya.

    Perlawanan separuh akhir akan menyaksikan Boston berentap dengan Indiana dan New Orleans menentang Sacramento pada Isnin, manakala New York di Milwaukee dan Phoenix berdepan Los Angeles Lakers pada Selasa depan.

    Boston menewaskan Chicago 124-97 untuk memenangi Kumpulan C East dan mara ke peringkat seterusnya. Manakala New York, yang menduduki tempat kedua selepas Milwaukee di Kumpulan B, menundukkan Charlotte 115-91 dan mara ke peringkat kalah mati sebagai wildcard berdasarkan perbezaan mata unggul ke atas Cleveland 42-29.

    Sacramento menewaskan Golden State dengan kemenangan tipis 124-123 untuk memenangi Kumpulan C Western Conference, bangkit daripada ketinggalan 24 mata pada separuh masa kedua untuk mara ke peringkat seterusnya. – AFP

    Aksi Antetokounmpo semasa perlawanan bola keranjang NBA menentang Miami Heat, di Miami. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda