Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Bucks pasukan pilihan utama juarai NBA – kaji selidik

    LOS ANGELES, 5 OKT – Pasukan Milwaukee Bucks dipilih sebagai pasukan pilihan untuk menamatkan musim ini selaku juara NBA menurut kaji selidik tahunan bola keranjang ke atas 30 orang pengurus besar liga yang diterbitkan kelmarin.

    Kaji selidik yang diterbitkan oleh NBA.com mendedahkan bahawa Bucks dilihat sebagai pilihan utama bagi kejuaraan 2023 dengan meraih 43 peratus undian.

    Juara bertahan, Golden State Warriors menerima 25 peratus daripada undian sementara 21 peratus mengundi untuk pasukan Los Angeles Clippers.

    Pasukan Boston Celtics, yang tewas di tangan Golden State pada pertemuan final musim lalu, antara pasukan lain yang meraih 11 peratus undian.

    Pemain Dallas Mavericks, Luka Doncic pula dipilih sebagai pemain pilihan utama untuk memenangi anugerah Pemain Paling Berharga NBA dengan 48 peratus undian.

    Bintang Bucks, Giannis Antetokounmpo meraih undian di tempat kedua dengan 34 peratus, manakala pemain Philadelphia 76ers, Joel Embiid meraih 14 peratus. Pemain Golden State Warriors, Stephen Curry, pemain paling berharga NBA pada 2022, menerima satu peratus undian.

    Sementara itu, Antetokounmpo menerima 55 peratus undian sebagai pemain yang kebanyakan pengurus besar akan pilih sebagai pemain utama, dan Doncic meraih 45 peratus di tempat kedua.

    Kaji selidik oleh pengurus besar telah diadakan setiap tahun sejak 21 tahun lalu. Peserta tidak dibenarkan untuk mengundi untuk pasukan mereka sendiri. – AFP

    Aksi pemain Bucks menjalani sesi latihan menjelang perlawanan pra musim antara Bucks dan Atalanta Hawks, 5 Oktober. Bucks dipilih sebagai pasukan pilihan utama menjuarai NBA setelah hasil tinjauan ke atas pengurus-pengurus besar liga. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...