Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bucks singkirkan Celtics

    LOS ANGELES, 12 MEI – Giannis Antetokounmpo menjaringkan 40 mata dan Bobby Portis bangkit di lewat perlawanan ketika juara NBA Milwaukee Bucks mengumpul mata kemenangan 110-107 di Boston untuk menyingkirkan Celtics ke zon penyingkiran play-off.

    Penyerang simpanan Portis mengembalikan lontaran percuma Antetokounmpo yang tersasar ketika berbaki 11.4 saat untuk membolehkan Bucks mendahului 108-107.

    Jrue Holiday menyambut percubaan Marcus Smart dari udara ketika berbaki 8.1 saat sebelum rakan sepasukan, Pat Connaughton menambah dua lontaran percuma untuk memastikan kemenangan buat pasukan Bucks yang ketinggalan 14 pada awal suku keempat.

    Pemain paling berharga NBA dua kali, Antetokounmpo mendahului perlawanan dengan 40 mata dan 11 rebounds.

    Jayson Tatum dan Jaylen Brown bergabung untuk menyumbangkan 60 mata buat Celtics, yang mengawal dengan 28-19 pada suku kedua dengan menyaksikan mereka mendahului 54-47 separuh masa.

    Mereka mengekalkan kelebihan sepanjang perlawanan ketiga, tetapi Bucks enggan mengalah.

    Connaughton menyumbangkan three-pointer dengan masa berbaki 7:34 untuk mengurangkan defisit kepada 98-90. Jrue Holiday menambah jump shot untuk mengurangkan margin kepada 101-99.

    Jaringan three-pointers daripada Antetokounmpo dan Holiday mengikat kedudukan pada 105-105 dengan berbaki 43.2 saat, menetapkan perlawanan untuk penyudah yang dramatik.

    Holiday menambah 24 mata untuk Milwaukee manakala Portis menjaringkan 14 mata dan Connaughton menyumbangkan 13 mata dari bangku simpanan. – AFP

    Aksi pemain tengah Celtics , Al Horford (kanan) menghalang penyerang Milwaukee Bucks, Giannis Antetokounmpo, semasa permainan kelima separuh akhir Eastern Conference kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda