Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bucks tempah tiket ke playoff

    LOS ANGELES, 15 MAC – Milwaukee Bucks menjadi pasukan pertama yang merangkul tempat playoff NBA semalam selepas berjaya menahan serangan terakhir dari Phoenix Suns untuk melengkapkan kemenangan 116-104 di Arizona.

    Giannis Antetokounmpo menjaringkan 36 mata dengan 11 rebound dan lapan assist ketika Bucks mencatat kemenangan ke-50 pada musim biasa untuk mengukuhkan kedudukan mereka di tempat pertama di puncak Eastern Conference.

    Antetokounmpo dengan bantuan 21 mata daripada Brook Lopez manakala tiga lagi pemain Milwaukee menamatkan saingan dengan jaringan dua angka.

    Bucks kini mendahului Eastern Conference dengan tiga perlawanan dari Boston yang mencatatkan rekod 50-19 ketika musim biasa memasuki peringkat terakhirnya.

    Tetapi ia memerlukan jaringan lewat oleh Milwaukee untuk memastikan kemenangan, Bucks menyatukan rentak 24-9 pada tujuh minit terakhir suku keempat untuk mendahului selepas Suns mendahului 95-92 dengan baki 8 minit 47 saat.

    Devin Booker mendahului penjaring Suns dengan 30 mata manakala Deandre Ayton menamatkan jaringan dengan 16 mata untuk pasukan tuan rumah.

    Sementara itu, di bahagian atas Western Conference, Denver Nuggets merosot dengan kekalahan keempat berturut-turut apabila Fred VanVleet mengekalkan harapan playoff Toronto Raptors dengan aksi luar biasa dalam kemenangan 125-110.

    Pemain Toronto, VanVleet mencatatkan jaringan 36 mata, termasuk lapan jaringan tiga mata, dengan tujuh assist dan tiga steals untuk memberikan Toronto kemenangan penting ketika mereka berhasrat untuk kekal dalam perebutan tempat di pasca musim. – AFP

    Penyerang Milwaukee Bucks, Giannis Antetokounmpo semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA, Bucks menentang Phoenix Suns, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda