Gambar ANN/VNS
HO CHI MINH CITY — Hoang Nhat Quang telah melancarkan pameran seni solo pertamanya pada usia 11 tahun.
Nhung Linh Hon An Giau (Jiwa Tersembunyi), yang dibuka di Galeri Seni Huyen di Ho Chi Minh City pada 8 Jun, menampilkan 25 karya yang menunjukkan ideanya bahawa semua makhluk hidup mempunyai jiwa.
Bahan karya terbaiknya berasal daripada golongan artis terkenal, karya bapanya dan beberapa buah gambar orang dari zaman dahulu. Sebahagian daripada keuntungan pameran itu akan disumbangkan kepada pusat amal.
Artis etnik, Tay dari wilayah utara Lang Son mula melukis dua tahun lalu, dan memenangi Anugerah De Men Desire 2023 yang memberi penghormatan kepada kanak-kanak kreatif di Vietnam.
Pameran yang dianjurkan oleh akhbar harian The Thao & Van Hoa (Sukan & Budaya), agensi berita Vietnam, Galeri Seni Huyen dan keluarga Quang, akan berlangsung sehingga 18 Jun. – ANN/Vietnam News



