Thursday, September 19, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak 12 tahun cederakan rakan sekolah dengan pisau

    MADRID, 18 SEPT – Seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun bertindak menyerang dan mencederakan beberapa rakannya menggunakan pisau di sebuah sekolah di Portugal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar Público.

    Seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan serius tetapi dilaporkan dalam keadaan stabil, menurut akhbar Público memetik pihak berkuasa kelmarin.

    Kejadian berlaku di Azambuja, kira-kira 50 kilometer timur laut Lisbon dan punca serangan masih dalam siasatan.

    Pelajar lelaki itu dikatakan kembali ke sekolah selepas waktu makan tengah hari dan menyerang beberapa kanak-kanak secara rambang dengan menggunakan pisau, menurut kenyataan Datuk Bandar Azambuja, Silvino Lúcio. Dia dilaporkan memakai jaket kalis peluru.

    Mangsa yang terdiri daripada lima pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki mengalami luka, terutamanya di bahagian tangan dan kaki.

    Menurut laporan, mangsa dan penyerang kini mendapat rawatan daripada ahli psikologi. Pelajar lelaki itu telah ditahan polis untuk disoal siasat.

    Perdana Menteri Portugal, Luís Montenegro mengutuk kejadian itu.

    Dalam satu kenyataan di platform berita X, beliau menyifatkan kejadian itu sebagai ‘insiden terpencil’ dan ‘fenomena asing bagi masyarakat Portugal’. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda