Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku di Sydney, kelmarin, dan kes dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan rumah tangga, lapor Xinhua.

    Menurut kenyataan pasukan Polis New South Wales (NSW), perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengenai kes di sebuah unit di kompleks Washington Avenue, Riverwood pada 4 petang waktu tempatan dan menemukan budak lelaki tiga tahun maut, manakala lelaki berusia 45 tahun cedera parah.

    Paramedik merawat mangsa di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.

    Pada sidang akhbar pada petang Rabu, Superintendan Pasukan Polis NSW Sheridan Waldau berkata mangsa yang parah itu telah menjalani pembedahan dan kini dalam keadaan stabil.

    Beliau berkata seorang wanita telah menghubungi Triple Zero.

    Polis percaya wanita berkenaan tinggal di unit berkenaan sendirian dan merupakan ahli keluarga kepada mangsa yang cedera tetapi bukan ibu kepada kanak-kanak itu.

    “Kami dimaklumkan ibu budak itu meninggal dunia beberapa tahun lalu,” kata Waldau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...