INDEPENDENCE, MISSOURI, 30 JULAI – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari jendela tingkat lapan di pangsapuri Missouri, kelmarin.
Ketua Batalion Eric Michel memberitahu Kansas City Star bahawa budak lelaki itu terjatuh pada 10 pagi di Independence Towers, sebuah ba-ngunan pangsapuri di pinggir bandar Independence, Kansas City. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dengan kecederaan kritikal tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. Namanya tidak didedahkan.
Polis sedang menyiasat keadaan yang membawa kepada kejadian itu, kata Pegawai Polis Independence, Kelley Rupert.
Salah seorang penghuni, Elliot West memberitahu Star bahawa penghuni di bangunan itu membuka tingkap mereka kerana penghawa dingin pusat tidak berfungsi sepanjang musim panas. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/07/P21-4Budak-WEB-freepik_31072024.jpg)