Budak 5 tahun pamer kehebatan

FLORIDA, 10 JUN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun di Florida berjaya membuat pukulan terus ke lubang.

Menurut laporan United Press International (UPI) kelmarin, William Kelly, berjaya melakukannya pada lubang ke 13 di The Bridges at Springtree Golf Club di Sunrise semasa menjalani sesi latihan pada Jumaat.

Aksinya itu turut menerima pujian jurulatihnya Mike Freglette.

“Ia saat yang sukar dipercayai. Dia mempunyai bakat semula jadi,” kata Freglette.

Ramai orang yang bermain golf belum tentu dapat melakukannya sepanjang hidup mereka, tambah beliau.

Pihak pentadbiran Sunrise menerusi laman Facebook turut memuji kejayaan William itu. – Bernama