Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak 8 tahun tembak mati anak damit

    WASHINGTON, 29 JUN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menembak mati seorang anak damit dan mencederakan adik perempuannya ketika bermain dengan pistol bapanya di Florida kelmarin, kata polis.

    Bapa kanak-kanak itu, Roderick Randall, 45, ditahan dan didakwa atas tuduhan cuai, bersalah memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang serta menyembunyikan bukti, kata Syerif Daerah, Escambia Chip Simmons.

    Tragedi itu berlaku di sebuah motel di mana Randall yang mempunyai rekod jenayah dan melarangnya daripada memiliki senjata api bertemu dengan teman wanitanya. Suspek membawa anaknya, manakala teman wanitanya membawa dua orang anak perempuannya berusia dua tahun dan setahun.

    “Pada satu ketika, Randall keluar dan meninggalkan senjata api miliknya di dalam almari. “Mengetahui di mana ia tersembunyi, anak suspek mengeluarkannya dan mula bermain dengan senjata itu ketika ibu kanak-kanak perempuan berkenaan sedang tidur.

    “Dia menarik pistol di sarung, mula bermain dengannya dan melepaskan tembakan ke arah kanak-kanak kecil berusia setahun dan akhirnya membunuhnya. Peluru itu kemudiannya terkena kanak-kanak berusia dua tahun dan mengalami kecederaan,” kata Escambia dalam sidang media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda