Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak 9 tahun diserang kugar

    FRUITLAND, WASHINGTON, 31 MEI – Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun terselamat daripada serangan kugar selepas merayau-rayau bersama dua kawan ketika berkhemah di barat laut negeri Washington.

    Kejadian berlaku pada pagi Sabtu berdekatan Fruitland, Washington. Budak perempuan itu melawan sementara kawannya lari bertempiaran cuba menyelamatkan diri.

    Orang ramai bergegas ke tempat kejadian dan mendapati budak itu berlumuran darah. Dia dibawa ke hospital menggunakan helikopter, di mana dia menjalani pembedahan untuk luka di kepala dan bahagian dada. Kugar itu berjaya dikesan dan dibunuh. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda