Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Budak alami masalah bercakap jatuh perigi

    RAIPUR, INDIA, 14 JUN – Petugas kecemasan India hari ini bertungkus-lumus untuk menyelamatkan seorang budak berusia 10 tahun yang mengalami masalah pendengaran dan bercakap yang terperangkap dalam sebuah perigi selama empat hari.

    Rahul Sahu terjatuh ke dalam sebuah perigi yang mempunyai kedalaman 24 meter pada Jumaat ketika sedang bermain di belakang rumahnya yang terletak di wilayah tengah, Chhattisgarh.

    Jentolak dan kren dikerah untuk membantu menggali terowong bersebelahan perigi tersebut, yang hanya mempunyai kelebaran beberapa kaki, dengan pihak tentera dan anggota-anggota dari agensi tindak balas bencana India mengetuai bantuan.

    Namun cuaca buruk – dan ular serta kala jengking berbisa yang digali keluar – telah melambatkan usaha menyelamat, menurut pegawai setempat.

    Sahu ‘memberi respons baik’ kepada pasukan penyelamat dan sebuah kamera diberikan untuk memantau keadaan dan pergerakannya, menurut ketua polis daerah Jangjgir, Vijay Agrawal kepada AFP melalui panggilan telefon di tempat kejadian.

    “Disebabkan budak itu mengalami masalah pendengaran dan bercakap, jadi kami berdepan dengan cabaran yang lebih besar,” katanya.

    Sahu turut diberikan bantuan melalui paip oksigen, namun menurut jurucakap usaha kerajaan untuk menggali terowong semakin perlahan kerana lapisan batu keras di bawah tanah.

    Ketua Menteri Chhattisgarh, Bhupesh Baghel berkata dia berharap Sahu dapat dikeluarkan dari perigi itu dengan selamat dan menciap di Twitter menyatakan budak itu diberikan pisang yang dihantar oleh pasukan penyelamat.

    Perigi yang tidak ditutup adalah sesuatu perkara biasa di perkampungan pertanian di India namun jarang mengakibatkan kecederaan teruk melibatkan kanak-kanak.

    Pada 2019, seorang anak damit berusia dua tahun tidak berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat selepas terjatuh dalam perigi pada kejadian yang berlaku di wilayah Punjab.– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...