Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak albino tanpa kepala ditemui

    BUKAVU, CONGO, 2 FEB – Mayat tanpa kepala dan kaki seorang budak lelaki albino berusia lima tahun telah ditemui di timur wilayah Kivu Selatan di Republik Demokratik Congo, kata polis hari ini, dalam kejadian yang dipercayai pembunuhan yang membabitkan ilmu sihir.

    Budak lelaki itu ditemui semalam di kawasan Kalehe di Kivu Selatan, wilayah yang bersempadan dengan Rwanda dan Burundi, menurut pegawai kerajaan tempatan, Archimede Karhebwa.

    Mayatnya ditemui tanpa kepala dan kaki.

    Juvenal Lushule, yang bekerja untuk persatuan albino di Kivu Selatan, berkata 18 orang albino telah dibunuh dalam keadaan yang sama di wilayah itu sejak 2009. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda