Saturday, January 4, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak berusia 12 tahun hilang penglihatan akibat diet makanan ringan

    MASSACHUSETTS, 1 JAN – Seorang budak berusia 12 tahun dari Massachusetts, Amerika Syarikat secara tragik kehilangan daya penglihatan akibat diet makanan ringan yang kurang bernutrien sehingga menyebabkan saraf optiknya menjadi atrofi dan tiada peluang untuk sembuh.

    Menurut Jurnal Perubatan New England baru-baru ini mendokumentasikan satu kes melibatkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang mengalami autistik dan akhirnya menjadi buta kerana diet makanan ringan yang kebiasaannya memakan burger, kentang goreng, ranch dressing, donat dan minuman kotak jus manis.

    Budak lelaki itu didiagnosis dengan autisme dan mengalami fobia melampau terhadap tekstur makanan tertentu, membuatkan ibu bapanya merasakan mustahil untuk memperkenalkan nutrien penting ke dalam dietnya, lapor Oddity Central.

    Awal tahun ini, budak lelaki yang tidak disebutkan namanya itu mula mengalami masalah penglihatan pada waktu pagi dan malam, tetapi penglihatannya normal pada siang hari.

    Walau bagaimanapun, penglihatannya mula merosot dengan pantas dan dalam masa enam minggu dia hanya boleh berjalan jika ibu bapanya membantunya. Kemudian, suatu malam, dia bangun menjerit bahawa dia tidak dapat melihat.

    Ibu bapa budak lelaki itu membawanya ke hospital, di mana ujian mendedahkan bahawa dia kekurangan nutrien penting untuk kesihatan saraf optiknya.

    Sarafnya mula atrofi untuk seketika dan rosak sepenuhnya semasa dia tiba di hospital.

    Meskipun dia diberikan makanan tambahan, namun doktor bimbang keadaannya begitu teruk sehingga mereka tidak dapat melakukan apa-apa untuk memulihkan penglihatannya.
    “Malangnya atrofi saraf pesakit ini sangat teruk,” tulis penyelidik.

    “Tahap kerosakan kehilangan penglihatannya tidak boleh dipulihkan. Sekiranya ia dikesan lebih awal, pengurangan pemakanan boleh memperbaiki penglihatannya.” – Agensi

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda