Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak dicampak dari tingkat 3 selamat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2001 – Ketangkasan dan keberanian orang ramai berjaya menyelamatkan seorang budak berusia lima tahun dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah kedai tiga tingkat Jalan Telanai.

    Kanak-kanak itu yang dipercayai anak sepasang suami isteri yang menetap di situ dijatuhkan melalui tingkap atas dan disambut dengan menggunakan sebidang permaidani yang direntang oleh orang ramai, kata seorang saksi.

    Beliau mengaku terpaksa menjatuhkan budak itu dari tingkat tiga untuk disambut oleh orang ramai kerana bimbang tidak dapat turun melalui tangga jika api terus marak.

    Bagaimanapun, beliau dan saksi-saksi lain tidak tahu di mana budak itu kerana mungkin diambil oleh anggota keluarganya. Ketika Media Permata meminta polis dan bomba mengulas kejadian itu, mereka berkata tidak menerima laporan mengenai budak itu kerana ketika mereka tiba, semuanya selesai. Jurucakap bomba mengesahkan menerima laporan kebakaran pukul 12.45 tengah hari dan sampai ke tempat kejadian pukul 12.53 tengah hari. Mereka berjaya memadam kebakaran dalam empat minit. Dalam kejadian itu, seorang wanita melecur tangan kanan dan belakang badannya dan dirawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

    Enam buah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian, iaitu empat daripada balai bomba Bandar Seri Begawan dan dua buah dari Berakas bersama 25 orang anggota.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda