Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak ditemui mati sebelah mayat bapa

    LONDON, 18 JAN – Pasukan polis UK semalam berkata ia telah merujuk kepada badan pemerhati selepas seorang kanak-kanak kecil ditemui mati di sebelah mayat bapanya di rumah mereka awal bulan ini.

    Kanak-kanak lelaki itu, Bronson Battersby, ditemui pada 9 Januari di sebelah bapanya Kenneth, 60, yang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah mereka di Skegness, utara England.

    Dia dipercayai meninggal dunia sekitar 29 Disember. Ibu kanak-kanak itu, Sarah Piesse, memberitahu akhbar The Sun anaknya mati kelaparan dan menyalahkan perkhidmatan sosial.

    Ketua perkhidmatan kanak-kanak di Majlis Daerah Lincolnshire tempatan berkata, seorang pekerja sosial melawat rumah yang disewa untuk temu janji berjadual pada 2 Januari, tetapi tidak menerima jawapan.

    Pekerja sosial itu kemudian ‘membuat pertanyaan di alamat lain di mana kanak-kanak itu mungkin berada’ dan menghubungi polis, kata Heather Sandy. Lawatan kedua yang tidak diumumkan pada 4 Januari juga tidak dijawab dan polis dihubungi semula.

    Apabila polis gagal bertindak balas, pekerja sosial itu mengatur untuk dibenarkan masuk ke dalam kediaman itu oleh seorang tuan rumah pada 9 Januari di mana dia menemui mayat pasangan itu.

    Sandy, yang berkata majlis telah memulakan semakan ke atas apa yang berlaku, memberitahu BBC Kenneth berada di rumah bersendirian dengan anaknya ketika dia meninggal dunia. – AFP

    Gambar Skynews
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda