LONDON, 5 OGOS – Polis di London berkata budak lelaki berusia enam tahun yang ditolak dari tingkat 10 galeri Tate Modern kini dalam keadaan yang stabil.
Remaja lelaki berusia 17 tahun telah ditahan kerana disyaki atas percubaan bunuh berhubung insiden tersebut, yang berlaku kelmarin ketika galeri itu dipenuhi oleh para pengunjung.
Polis Metropolitan berkata budak lelaki itu dalam keadaan kritikal namun kini sudah stabil di hospital London. Dia terjatuh dari platform peninjauan terbuka dan mendarat di bumbung lantai kelima.
Polis berkata mereka tidak percaya suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain. Tate Modern dikunjungi hampir enam juta orang tahun lalu. – AP