Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak kecil pamer kesusahan etnik Rohingya di Myanmar

    DAR PAING – Sejak ia dilahirkan di kawasan kem yang kotor yang mana kebanyakannya dihuni oleh etnik minoriti Rohingya, Myanmar, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan, Rosmaida Bibi dalam keadaan sukar untuk melakukan satu perkara yang mudah dilakukan oleh kebanyakan kanak-kanak biasa yang semakin membesar.

    Kelihatan sangat lemah dan pemakanan yang tidak seimbang, Rosmaida begitu kurus sebagaimana kanak-kanak yang lain di kem tersebut, akibat kurang makan.

    Namun, apa yang menyedihkan, Rosmaida sama sekali tidak sama dengan kanak-kanak yang lain. Budak perempuan kecil ini memiliki mata yang besar berwarna coklat dan berusia empat tahun namun saiz badannya seperti baru berusia satu tahun.

    Setiap kali hendak berjalan, Rosmaida akan kelihatan terhuyung hayang.

    Tulang terjojol melalui kulit dadanya yang nipis. Sementara kanak-kanak lain seusianya mula berceloteh tidak henti-henti, Rosmaida hanya lesu dan dapat bercakap beberapa perkata pertama seperti ‘Papa’, ‘Mama’ dan ‘Nasi’.

    Sementara kanak-kanak lain seusianya berceloteh tidak henti-henti, Rosmaida lesu, hanya dapat bercakap beberapa perkataan. – AP
    Sementara kanak-kanak lain seusianya berceloteh tidak henti-henti, Rosmaida lesu, hanya dapat bercakap beberapa perkataan. – AP

    Selama setengah dekad selepas gelombang kejam keganasan anti-Islam meledak di negara yang lebih ramai penduduk beragama Buddha itu telah memaksa lebih 120,000 orang Islam Rohingya pergi ke kem-kem perlindungan di barat Myanmar, beginilah rupanya dasar pengabaian, pengasingan dan penganiayaan kerajaan yang dilihat secara lebih dekat oleh wartawan AP.

    Situasi ini berlaku disebabkan dasar yang lahir dari kepimpinan diktator tentera dan kebimbangan mereka terhadap Islam jika berlakunya pencerobohan yang mana Myanmar terkenal sebagai sebuah negara beragama Buddha.

    Perkara ini sebenarnya sangat merisaukan dan menurut kumpulan hak asasi manusia, sebenarnya pendirian itu dibentuk oleh pentadbiran Aung San Suu Kyi, penerima anugerah Nobel dan pemimpin pembangkang lama yang mula memegang tumpuk kepimpinan selepas parti beliau memenangi pilihan raya kebangsaan tahun lalu.

    Satu harapan ditanamkan apabila Suu Kyi yang pernah mendapat pujian di seluruh dunia sebagai ikon hak asasi kemanusiaan, mungkin akan mengubah keadaan namun harapan itu punah oleh sikap beliau yang hanya berdiam diri malah kehidupan etnik minoriti Rohingya semakin merosot.

    “Sebenarnya ia lebih teruk daripada dipenjarakan,” kata ibu Rosmaida, Hamida Begum kepada wartawan AP. Hamida turut mengatakan bahawa pondok mereka akan ditenggelami air setiap kali hujan lebat.

    Kelihatan sangat daif, miskin dan etnik ini ditegah untuk menyeberangi tempat pemeriksaan dan memasuki kawasan-kawasan yang hanya didiami oleh penganut-penganut Buddha yang lebih mewah, Hamida tidak dapat mencari sesiapa pun yang boleh membantu mereka.

    “Saya mahu memberikan anak saya pendidikan yang baik, saya mahu menghantarnya ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain,” tambahnya lagi kepada wartawan AP.

    “Namun itu tidak mungkin akan berlaku, kerana Rosmaida sangat sakit dan dia tidak dapat membesar dengan begitu sempurna,” tambah Hamida lagi.

    Terpinggir dan tersisih

    Golongan Rohingya, kumpulan etnik Islam, telah lama tidak diberikan kewarganegaraan, kebebasan untuk bergerak dan hak asasi di Myanmar, sebuah negara yang sebahagian besarnya menganggap mereka sebagai orang asing dari negara jiran, Bangladesh meskipun kebanyakan mereka lahir di sini.

    Meskipun ketegangan di negeri Rakhine sejak berdekad-dekad lamanya, kawasan tempat Begum membesar di Sittwe, bercampur-campur, dan menurutnya orang di sana sebelum ini hidup harmoni.

    Rosmaida Bibi bersama dengan ibunya. – AP
    Rosmaida Bibi bersama dengan ibunya. – AP
    Ibu Rosmaida Bibi, mengharapkan anaknya itu untuk mendapat pendidikan yang baik. – AP
    Ibu Rosmaida Bibi, mengharapkan anaknya itu untuk mendapat pendidikan yang baik. – AP

    Keadaan itu berubah secara dramatik pada 5 Jun 2012 apabila perusuh-perusuh beragama Buddha mula menyerang orang Islam dan membakar rumah.

    Begum melarikan diri, dengan berlari sekuat-kuatnya hatinya dalam keadaan berkaki ayam dan begitu pantas dan hanya menyedari kemudian bahawa kakinya berlumuran darah.

    Hari ini kawasannya, yang mana pokok-pokok telah menjadi gondol dan saki-baki rumah yang telah musnah masih dapat dilihat- diduduki oleh setinggan-setinggan beragama Buddha.

    Meskipun Begum berkata datuk neneknya adalah pemilik rumah keluarga mereka di sana, mereka tidak pernah dibenarkan kembali atau tidak dibayar ganti rugi di atas kemusnahannya.

    Selain dari sebuah daerah tunggal, Sittwe kini sepenuhnya dihuni penduduk beragama Buddha dan orang Islam ditegah dari berjalan di jalan rayanya.

    Suu Kyi menafikan dasar seumpama itu menyamai pembersihan etnik, tetapi kumpulan hak asasi antarabangsa menegaskan keadaan sebenarnya begitu. Pejabat Suu Kyi tidak pernah memberi respons kepada permintaan berulang kali untuk pihaknya memberi ulasan.

    Matthew Smith, yang mengendali kumpulan penyokong, Fortify Rights berkata “Adalah memeranjatkan kem-kem penahanan itu masih wujud setelah lima tahun. Realiti ialah banyak yang boleh dilakukan oleh Suu Kyi, tetapi dia tidak berbuat-buat apa-apa.

    “Etnik Rohingya masih jauh lagi untuk mendapat hak mereka dan dalam beberapa hal situasi semakin teruk,” ujarnya.

    Tahun lalu, telah berlaku pembunuhan beramai-ramai, perogolan beramai-ramai, buruh paksa berleluasa dan pencabulan lain, semuanya dilakukan dan pelakunya bebas dari hukuman sepenuhnya.”

    Selepas kumpulan pemberontak Rohingya membunuh sembilan orang pegawai di negeri utara Rakhine pada Oktober lalu, serangan pertama yang dilaporkan seumpamanya, pasukan keselamatan memberi respons dengan membakar keseluruhan kampung, merogol wanita dan membunuh bilangan orang yang tidak diketahui bilangannya dalam amukan yang mengakibatkan 75,000 orang melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh, menurut PBB dan kumpulan hak asasi kemanusiaan.

    Kerajaan meletakan angka 52 orang terbunuh atau pun hilang dan mengatakan kumpulan pelampau adalah mendalangi pembunuhan itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda