PONTIANAK, 20 FEB – Seorang budak lelaki hilang di pulau Borneo, Indonesia, selepas diserang buaya, kata polis hari ini, yang mana ia merupakan serangan kedua di kawasan itu dalam tempoh dua minggu.
Indonesia merupakan tempat tinggal kepada beberapa spesies buaya yang kerap menyerang dan membunuh manusia.
Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu telah terjun ke dalam sungai di wilayah Kalimantan Barat di Borneo Selasa lalu, salah sebuah pulau paling biodiversiti di dunia, apabila seekor buaya sepanjang empat meter menyerangnya, menurut seorang rakan.
“Rakannya menyaksikan buaya itu muncul semula, membaham mayat mangsa dan menyeretnya ke arus,” kata ketua polis tempatan, Rachmatul Isani Fachri, dalam satu kenyataan.
Rakannya telah memaklumkan kepada bapa kanak-kanak itu, yang telah mencari mayat anaknya di sungai menggunakan bot laju, tetapi mangsa masih belum ditemukan.
“Pada masa ini pasukan mencari dan menyelamat serta penduduk tempatan masih mencari mangsa. Mohon doa agar dia ditemui segera,” kata Rachmatul.
Seorang lagi budak lelaki hilang di kampung yang sama selepas seekor buaya menyerangnya ketika mandi, menurut bapa saudaranya yang menyaksikan serangan itu, kata polis 7 Februari lalu.
Pencarian Cristian Ronaldo yang berusia enam tahun berakhir selepas tujuh hari dan dia kini dianggap mati. – AFP
