FRANKFURT AM MAIN, 30 JULAI – Seorang lelaki warga Eritrea yang dituduh membunuh seorang budak lelaki berusia lapan tahun dengan menolaknya ke bawah sebuah kereta api adalah bapa kepada tiga orang anak yang akan diperiksa untuk gangguan psikiatrik, kata pihak berkuasa hari ini.
Pendakwa Jerman mengemukakan dakwaan bunuh dan percubaan membunuh ke atas lelaki berusia 40 tahun itu, yang pada hari ini juga menolak ibu budak lelaki ke landasan kereta api di stesen utama Frankfurt, dan cuba tetapi gagal melakukan yang sama kepada seorang wanita berusia 78 tahun.
Ibu itu, juga berusia 40 tahun, berjaya bergolek keluar dari landasan pada saat-saat akhir untuk mengelak ketibaan kereta api ICE yang membunuh anak lelakinya.
Lelaki itu, yang ditahan sejurus selepas kejadian itu, tidak mengenali mangsa dan tidak menunjukkan tanda-tanda menggunakan alkohol atau dadah, kata jurucakap pendakwa awam Frankfurt Nadja Niesen.
“Jenayah itu mencadangkan satu gangguan psikiatrik,” beritahunya pada sidang media.
Jenayah dahsyat itu menguasai halaman depan surat khabar dan buletin berita TV sementara rakyat meletakkan kalungan bunga, lilin dan barang mainan di tapak pembunuhan. – AFP
