Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak lelaki maut terjatuh dari tingkat lapan

    SHAH ALAM, 1 OGOS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah flat di Pelabuhan Klang, dekat sini pagi tadi. 

    Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Supt Kamalariffin Aman Shah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi panggilan kecemasan kira-kira pukul 8 pagi tadi yang melaporkan terdapat kanak-kanak terjatuh dari bangunan terbabit. 

    Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika bapa kanak-kanak berkenaan berada di tempat kerja manakala ibunya telah keluar dari rumah untuk menghantar anak keduanya ke rumah pengasuh. 

    “Siasatan awal mendapati kanak-kanak warga tempatan itu dipercayai terjatuh dari tingkap rumahnya di tingkat lapan flat itu. 

    Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan kecemasan, namun telah disahkan meninggal dunia semasa rawatan dijalankan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

    Kamalariffin berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda