Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Budak lelaki maut tertimbus bukit pasir

    SALT LAKE CITY, 18 MEI – Seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari Utah telah meninggal dunia akibat kecederaan sehari selepas bukit pasir yang digalinya runtuh dan menimbusnya di sebuah taman.

    Budak lelaki itu telah menggali sebuah terowong dalam gumuk pasir di selatan Taman Bukit Pasir Coral Pink di Utah apabila ia roboh dan menghempapnya pada Sabtu, kata renjer taman.

    Seorang ahli keluarga menghubungi pihak berkuasa dan renjer tiba untuk mengeluarkan budak lelaki itu yang menurut mereka ditimbus pasir sedalam 2 meter.

    Selepas renjer menyelamatkannya, mereka mendapati dia masih mempunyai denyutan nadi, lalu memberikannya pertolongan cemas dan membawa budak itu ke hospital St George dan seterusnya ke Hospital Kanak-Kanak di Salt Lake City. Dia meninggal dunia di sana pada Ahad selepas mengalami mati otak, kata Jabatan Taman Utah.

    Budak lelaki itu, Ian Spendlove, berasal dari Santa Clara, sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 105 kilometer dari Taman Bukit Pasir Coral Pink.

    Pekhemah sering mengunjungi taman yang terletak di sempadan Utah-Arizona itu untuk melihat keindahan pasir berwarna merah muda, hasil daripada batu pasir Navajo yang terhakis. Runtuhan bukit pasir masih dalam siasatan. Renjer berkata ia berlaku dengan cepat dan mereka tidak tahu berapa lama budak lelaki itu tertimbus. – AP

    Gambar fail menunjukkan Taman Negara Coral Pink berdekatan Kanab, Utah. Ian Spendlove disahkan mati pada Ahad selepas mengalami mati otak dalam insiden runtuhan bukit pasir di taman itu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...