ALOR GAJAH, 21 DIS – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia dipercayai akibat lemas, selepas didapati tidak sedarkan ketika beriadah di taman tema air di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Arshad Abu berkata mangsa dikenali sebagai Puteri Sofea Hanis Dania Jamaluddin yang datang ke taman tema itu bersama ibunya.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada Bahagian Kecemasan Hospital Alor Gajah mengenai insiden itu kira-kira 3:15 petang.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan dengan kedalaman lebih kurang satu meter di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama


