Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak maut cuba lawan suspek perkosa ibu

    ACEH, 15 OKT – Seorang budak lelaki berusia 9 tahun maut ditetak ketika melawan seorang lelaki yang disyaki cuba memperkosa ibunya di Birem Bayeun, Aceh Timur di Indonesia.

    Menurut laporan portal media online Kompas, pembunuhan berlaku Sabtu lalu ketika mangsa dikenali sebagai Rangga dan ibunya sedang tidur, sementara bapanya keluar mencari ikan.

    Ketua unit siasatan jenayah, Arife S Sukmo mengesahkan suspek, dikenali sebagai Samsul, 36, ditemui bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran dan ditahan pagi Ahad lalu.

    “Suspek (Samsul) yang datang secara tiba-tiba, memasuki rumah mangsa lalu menutup mulut ibu mangsa sebelum memberitahu hasratnya mahu melakukan hubungan seks. “Bagaimanapun, ibu mangsa melawan dan kekecohan yang berlaku mengejutkan Rangga, yang terus bangun dan cuba menyelamatkan ibunya tetapi ditetak berkali-kali oleh suspek menggunakan sabit sehingga mati,” katanya.

    Suspek kemudian memperkosa ibunya di sebuah ladang dan melarikan diri selepas itu serta membuang mayat mangsa. Mayat Rangga ditemui nelayan di sebatang sungai dan melaporkannya kepada pihak polis. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda