Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak maut diserang anjing

    LONDON, 1 FEB – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan maut diserang seekor anjing di United Kingdom semalam.

    Perkhidmatan ambulans menghubungi polis pada 5 petang selepas menerima laporan serangan anjing di sebuah hartanah di Broadlands, Netherfield di Buckinghamshire yang terletak kira-kira 80 kilometer dari barat laut London, lapor agensi Anadolu.

    “Ini adalah kejadian yang benar-benar tragis, di mana kami percaya bahawa seorang kanak-kanak telah terbunuh selepas diserang oleh seekor anjing,” kata Superintendan Matt Bullivant dalam kenyataan itu.

    Tiada tangkapan dibuat seta-kat ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda