Budak parah terkena peluru sesat

ST LOUIS, 8 JULAI – Seorang budak lelaki berusia 4 tahun berada dalam keadaan parah selepas tertembak di kepala oleh peluru sesat di St Louis pada Hari Kemerdekaan pada 4 Julai, kata polis semalam.

Polis pada mulanya berkata pada Isnin bahawa jabatan sedang mengelaskan semula insiden tembakan Michael Goodlow III sebagai homisid selepas ia dimaklumkan mengenai kematiannya. Namun polis menarik balik kenyataan, menjelaskan dalam satu e-mel semalam bahawa jabatan ‘diberitahu bahawa mangsa masih lagi hidup, dan tidak disahkan mati seperti yang dinasihatkan pada mulanya.”

“Bagaimanapun, menurut jurucakap polis Evita Caldwell, ‘keadaannya masih serius pada masa ini. Kami meminta maaf atas kekeliruan yang timbul dan tidak mempunyai butir lanjut buat masa sekarang.”

Polis berkata tembakan berlaku pada malam Sabtu di kawasan pusat bandar St Louis. Budak itu dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Polis berkata nampaknya budak itu terkena peluru sesat semasa berada di luar. Tidak ada penangkapan yang telah dilakukan. – AP