Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Budak perempuan mati dirempuh trak

    RALEIGH, CAROLINA UTARA, 21 NOV – Sebuah trak yang menarik kenderaan berhias pada perarakan di Carolina Utara terhempas pada Sabtu, merempuh dan membunuh seorang budak perempuan yang mengambil bahagian dalam acara itu.

    Pemandu yang hilang kawalan kenderaan dan melanggar budak itu telah ditahan dan didakwa memandu dengan cuai serta kesalahan lain, kata Jabatan Polis Raleigh pada sidang media. Polis mengenal pasti pemandu sebagai Landen Christopher Glass, 20. Saksi memberitahu WTVD-TV bahawa orang ramai yang menghadiri Perarakan Krismas Raleigh terdengar pemandu trak menjerit dia hilang kawalan ke atas kenderaan dan tidak dapat berhenti sebelum nahas itu.

    Budak perempuan yang dirempuh trak adalah salah seorang ahli rombongan tarian yang mengambil bahagian dalam perarakan, lapor The News & Observer.

    Olivia Bruce, anggota rombongan tarian berusia 14 tahun, memberitahu akhbar trak juga nyaris-nyaris melanggarnya. Seorang saksi, Christine Barnes, memberitahu WRAL-TV budak perempuan dalam rombongan tarian tidak dapat mendengar hon trak kerana ditenggelami bunyi muzik yang kuat. – AP

    Anggota perubatan bergegas membantu seorang mangsa cedera semasa Perarakan Krismas Raleigh di Jalan Hillsborough di Raleigh pada 19 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...