SHANGHAI, 22 Mei – Pelajar sekolah berusia 17 tahun dari Korea Selatan, An Se-Young melakar kejutan terbesar dalam karier awalnya pada saingan Piala Sudirman di sini apabila menewaskan pemain No. 1 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying dalam acara perseorangan wanita.
Walaupun kejayaan itu dicatat dalam kejohanan berpasukan, kemenangan 14-21, 21-18, 21-16 Se-Young yang menduduki ranking ke-50 dunia ketika ini amat bermakna dalam membina reputasinya sebagai pencabar terbaharu badminton wanita dunia.
Sebagai rekod, Piala Sudirman adalah acara berpasukan campuran yang turut mempertandingkan acara perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
Ketika ini, Taiwan dan Korea Selatan sudah pun layak ke suku akhir dan pertemuan hari ini sekadar melengkapkan jadual peringkat kumpulan. Turut mara ke suku akhir dari kumpulan lain adalah China, Malaysia, Jepun dan Thailand.
“Strategi saya adalah bertahan dengan permainan rali sebelum bertindak jika ada peluang. Jurulatih arah saya banyak jaga depan jaring. Saya terkejut dapat menewaskan beliau,” kata Se-Young yang masih segar daripada menjuarai Terbuka New Zealand awal bulan ini.
Tai yang berusia 24 tahun berkata bahawa dia mengalami kecederaan yang menggelegar tetapi tidak menggunakannya sebagai alasan.
Bagi Tzu Ying, 24, beliau mengakui sedikit mengalami kecederaan tetapi tidak mahu menjadikan alasan di atas kekalahan ini.
“Dia tinggi, bertenaga dan mempunyai pergerakan kaki yang bagus. Boleh kata dari semua aspek permainan. Dia akan menjadi pemain yang dihormati satu hari nanti,” kata Tzu Ying tentang pemain muda yang baharu menyambut hari lahir ke-17 Februari lalu. – AFP
