Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak tembak guru sekolah di bandar Lukavac

    SARAJEVO, 14 JUN – Seorang kanak-kanak telah ditahan hari ini selepas didakwa menembak seorang guru di sebuah sekolah rendah di bandar Lukavac di timur laut Bosnia, kata pegawai dan keluarga mangsa.

    Insiden itu berlaku sebulan selepas tembakan berturut-turut menggegarkan negara jiran Serbia, termasuk insiden di sebuah sekolah rendah di Belgrade di mana seorang remaja berusia 13 tahun menembak mati 10 orang, termasuk sembilan rakan sekelasnya yang lain.

    “Kanak-kanak itu, yang belum berumur 14 tahun, berada di bawah pengawasan polis di premis Jabatan Polis Lukavac, manakala senjata api dan barangan lain yang dilupuskan diperoleh sehingga siasatan bermula,” kata kementerian dalam negeri Tuzla canton.

    Pegawai menyifatkan suspek sebagai bekas pelajar baharu yang berpindah ke sekolah lain.

    “Kanak-kanak itu dipindahkan ke sekolah lain dari awal semester kedua akibat tindakan disiplin,” kata Ahmed Omerovic, menteri pendidikan Tuzla, kepada pemberita. – AFP

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda