PARIS, 22 FEB – Playoff Euro 2024 antara Israel dan Iceland akan dimainkan di Budapest pada 21 Mac, kata persatuan bola sepak Israel kelmarin.
Israel telah beraksi dalam perlawanan mereka di tempat-tempat berkecuali sejak konflik
negara itu dengan Hamas bermula pada 7 Oktober.
UEFA mengumumkan lewat bulan itu bahawa tiada perlawanan antarabangsa akan dimainkan di Israel sehingga diberitahu kelak.
Pemenang bagi perlawanan Israel-Iceland akan menentang Bosnia-Herzegovina atau Ukraine lima hari kemudian untuk satu daripada tiga kedudukan di Euro 2024.
Israel tidak pernah layak ke Kejohanan Eropah. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/02/P30-3A-web-Envato-Elements_23022024.jpg)