Gambar Bernama KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika negara dilanda pandemik COVID ada meninggalkan kesan positif kepada kehidupan harian rakyat di negara ini iaitu dari segi tabiat membaca yang sebelum ini dilaporkan begitu lemah. Jualan buku dan pinjaman buku digital dilaporkan naik mendadak sehingga lebih dua kali ganda berbanding sebelum PKP.

