KUALA LUMPUR, 6 Nov – Budaya mengecam di media sosial diibaratkan sebagai ‘toksik dalam talian’ yang sarat dengan mesej kebencian sehingga boleh menjatuhkan seseorang, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata budaya itu menjadi suatu fenomena yang muncul seperti ‘tsunami’ sehingga sukar bagi pihak yang menjadi mangsa kecaman untuk menepis kecaman yang tular di media sosial.
Katanya budaya itu merupakan satu daripada lima cabaran yang melanda generasi muda ketika ini, dan ia umpama bom jangka yang akan meletus pada bila-bila masa sahaja sekiranya tiada sebarang tindakan diambil pihak bertanggungjawab, terutama ibu bapa. – Bernama