Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budayakan gaya hidup sihat

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 1 OKT – Majlis Perundingan Mukim (MPM) Lamunin dan MPM Rambai dengan kerjasama Jabatan Daerah Tutong telah mengadakan Riadah Berbasikal Menyelusuri Mukim Lamunin dan Mukim Rambai di Dataran Balai Raya Kampung Lamunin, Daerah Tutong, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara yang bertemakan ‘Mukim Ku Indah’ itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Penganjuran acara berkenaan juga diharap dapat menjalinkan lagi hubungan yang erat dalam kalangan pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung dan pemimpin akar umbi.

    Selain itu, acara tersebut juga diharap untuk membudayakan gaya hidup sihat sambil menikmati suasana keindahan kampung.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyertai riadah berbasikal yang bermula di Dataran Balai Raya Kampung Lamunin, Daerah Tutong, kelmarin. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    Acara didahului dengan aktiviti memanaskan badan. – Gambar oleh Nurdiyanah R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda