Saturday, January 18, 2025
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budayakan pemakaian batik bantu industri batik Malaysia

    PUTRAJAYA, 24 OGOS – Peraturan pemakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis yang diwajibkan bagi penjawat awam akan meningkatkan usaha membudayakan batik Malaysia, kata penjawat awam Marianne Anak Miga yang bertugas di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. 

    Beliau yang bertugas di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini berkata peraturan itu juga sebenarnya memudahkan beliau membuat pilihan pakaian untuk ke pejabat selain dapat membudayakan pemakaian batik Malaysia.

    “Membudayakan pakaian batik Malaysia bukan sahaja memberi kesedaran kepada rakyat tentang perbezaan batik negara sendiri dengan negara lain malah dapat melonjakkan industri batik tempatan,” kata Marianne, 33.

    Anak kelahiran Sarawak itu berkata beliau akan membuat baju kurung dan blaus menggunakan batik Sarawak yang bermotif etnik supaya lebih ramai rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia dapat menghayati keunikan batik Sarawak.

    “Memang bangga setiap kali mengenakan pakaian batik kerana ia adalah identiti kita sebagai rakyat Malaysia dan bertambah semangat menjelang sambutan Hari Kebang-saan bulan ini,” katanya. – Bernama

    Semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain, digalakkan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda