Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buddha Boy didakwa berkaitan kes rogol

    KATHMANDU, 10 JAN – Polis Nepal hari ini berkata mereka menahan seorang ketua spiritual yang penganutnya mempercayai bahawa dia adalah jelmaan semula Buddha atas dakwaan melarikan diri dan rogol di ashramnya (tempat suci).

    Ram Bahadur Bomjan, yang dikenali sebagai Buddha Boy dalam kalangan penganut, menjadi terkenal ketika remaja selepas pengikutnya berkata dia boleh bermeditasi tanpa bergerak selama berbulan-bulan tanpa air, makanan atau tidur.

    Guru berusia 33 tahun itu mempunyai pengikut yang taat tetapi telah lama dituduh melakukan serangan fizikal dan seksual terhadap pengikutnya dan telah bersembunyi daripada pihak berkuasa selama beberapa tahun.

    “Dia ditahan selepas melarikan diri selama beberapa tahun,” kata jurucakap polis, Kuber Kadayat kepada AFP.

    “Dia mempunyai beberapa dakwaan terhadapnya termasuk melarikan diri dan eksploitasi seksual,” tambahnya.

    Puluhan aduan serangan telah difailkan terhadap Bomjan pada 2010. Dia berkata telah memukul mangsa kerana mereka mengganggu meditasinya.

    Seorang biarawati berusia 18 tahun menuduh guru itu merogolnya di sebuah biara pada 2018.

    Penyiasat polis khas memulakan siasatan pada 2019 selepas aduan oleh keluarga empat penganut Bomjan yang didakwa hilang dari salah satu ashramnya. – AFP

    Polis Nepal mengiringi Bomjam (tengah), di premis Biro Siasatan Pusat Nepal di Kathmandu, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda